.

Selasa, 29 November 2016

Jawatan Kosong Pembantu Am (Pusat Pembelajaran) di OUM Kelantan

Jawatan Kosong Pembantu Am (Pusat Pembelajaran) di OUM Kelantan

Majikan :          Open University Malaysia
Alamat :           Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu
Telefon :          09-7418604

Jawatan :          Pembantu Am (Pusat Pembelajaran)
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       SRP/PMR keatas
Keterangan :
•      Warganegara Malaysia sahaja
•      Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan  akademik Tamat Darjah 6/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Penilaian Menengah(SPM) atau kelayakan lain yang bersesuaian
•      Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik
•      Kemas dan boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik

Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Utama :
•      Memastikan tahap kebersihan seperti tandas, ruang pejabat, bilik mesyuarat, pantry, bilik seminar termasuk ruang koridor dan tingkap di dalam dan di luar bangunan sentiasa bersih
•      Memastikan penyusunan kerusi dan meja yang teratur dan kemas di bilik seminar sebelum dan selepas sesi tutorial termasuk kebersihan papan putih
•      Memastikan lanskap pokok dan pokok bunga dijaga dengan baik 
•      Membantu di dalam kerja-kerja penyelenggaraan kecil yang mudah dan tidak membahayakan serta tidak memerlukan kepakaran seperti pembersihan penapis penyaman udara dan lain-lain yang difikir bersesuaian 
•      Membantu menyediakan dan minuman dan makanan untuk tetamu dan mesyuarat
•      Membantu melaksanakan tugas salinan fotokopi (Photostat) dan mencarik (shredding) kertas serta dokumen yang tidak digunakan
•      Membantu perjalanan operasi sekiranya diperlukan
•      Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan dari masa ke semasa
 
 
#       Calon yang berminat diminta menghantar biodata/butiran peribadi (CV) yang lengkap berserta no telefon, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar terkini berukuran passport sebelum 07 hb. Disember 2016 ke alamat berikut :-

Pusat Pembelajaran Kelantan
Open University Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu

Telefon : 09-7418604; Faks 09-7418601

#       Tarikh Tutup : 07 hb. Disember 2016

" kerja adalah ibadah "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan