.

Selasa, 4 April 2017

Jawatan Kosong Komatra Sajian Sdn Bhd

Jawatan Kosong Penyelia/ Demi Chef

Majikan :          Komatra Sajian Sdn Bhd
Alamat :           Komplek Sajian Gabungan, Markas Stesen Staf Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, 16500 Kota Bharu, Kelantan
Telefon :          09-6904855 (Pn. Wan Rabina bt Wan Mahmood)
Email :             hr_komatra@yahoo.com

Jawatan :         Penyelia
Kekosongan :    L = 2, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/ Diploma
Gaji :               Boleh Dirunding
Keterangan :
•      Boleh bekerja lebih masa
•      Boleh bekerja dengan segera
•      Berminat untuk terlibat dengan acara luar (function)
•      Mempunyai pengalaman dalam bidang penyeliaan dan penyediaan makanan/katering/kulinari diberi keutamaan

Tanggungjawab:
•      Memastikan semua tugas-tugas perkhidmatan sajian makanan berjalan dengan lancar
•      Memastikan makanan yang disajikan itu berpandukan kepada menu harian dan spesifikasi
•      Menjaga dan mengekalkan kebersihan dan keselamatan bahagian perkhidmatan sajian makanan
•      Melatih, memberi motivasi, disiplin dan bimbingan kepada kakitangan bahagian perkhidmatan sajian makanan serta mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan
•      Memastikan perkhidmatan sajian menepati kehendak pelanggan dan syarikat
•      Memimpin, mengatur dan menetapkan tugas untuk kakitangan bahagian perkhidmatan sajian bagi melaksanakan tugas harian
•      Menjalankan semua tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Pengurus Outlet
•      Memberi taklimat kepada kakitangan sebelum mereka mula bertugas
•      Memastikan penampilan kakitangan dalam keadaan kemas dan bersih sebelum memulakan tugas harian
•      Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang telah diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa


Jawatan :         Demi Chef
Kekosongan :    L = 1, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :      SPM/ Diploma
Gaji :               Boleh Dirunding
Keterangan :
·         Warganegara Malaysia dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil dalam bidang Kulinari atau Diploma dalam Bidang perhotelan /Kulinari yang diiktiraf setara.
·         Bepengetahuan luas dalam bidang perkhidmatan katering atau perkhidmatan penyedian makanan/ perhotelan adalah satu kelebihan.
·         Boleh memasak adalah satu kemestian.
·         Lepasan Diploma dalam Bidang Kulinari atau Perkhidmatan Perhotelan adalah digalakan memohon.
·         Boleh mengikut arahan dan berkerja lebih masa.
·         Boleh bekerja dengan segera.

TANGGUNGJAWAB:
·         Bertanggungjawab dalam memantau aspek penyediaan makanan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh syarikat.
·         Bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan kawasan dapur dan dewan makan sentiasa terjaga dan teratur.
·         Bertanggungjawab dalam memastikan aspek penyediaan makanan mengikut spesifikasi sepertimana yang telah termaktub didalam tatacara penyedian makanan oleh Syarikat.
·         Bertanggungjawab untuk memastikan bekalan bahan mentah/basah/ kering mencukupi dan mengikut keperluan.
·         Bertanggungjawab dalam susun atur kerja dan jadual staf operasi dapur.
·         Menjalankan lain-lain tugas sepertimana diarahkan oleh Pengurus Outlet penyelia atau majikan dari semasa kesemasa. 

Faedah-Faedah:
•      Gaji pokok RM 1200.00/ kenaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat
•      Caruman KWSP & SOCSO Majikan dan pekerja
•      Mempunyai pengangkutan sendiri

#       Bagi calon yang berminat boleh memohon dengan menghantar resume ke alamat  e-mel: hr_komatra@yahoo.com.my atau hubungi nombor tel. 09-6904855 (office hour : 8.30 am-5.30 pm) untuk sebarang pertanyaan.

#       Tarikh Tutup :  Segera


" kerja adalah ibadah "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan